BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, April 7, 2011

ME SEE

Lagu ni telah diberikan oleh Abg Wan Izham kepada kami pada 2006..'1st' time saya dapat masuk pertandingan nasyid anti dadah...tapi rezeki tak da...'so' tak dapat la masuk 'final' tapi takpela kan kalah menang adat pertandingan..yang penting pengalaman...'hope' Me See akan terus maju dan boleh 'beat' dengan All For Ummah '1' hari nanti... INSYAALLAH...



Judul : Seni Hiasan Iman
Munsyid : Me See


Berjalan bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan yg diciptakan
untuk dinilai oleh dua mata


Mencari ketenangan
kedamaian yang abadi
demi mencapai kesempurnaan iman


Dan kerananya
kita kecapi
segala keindahan dunia


Perhati burung berterbangan
air yang tenang mengalir
hutan yang subur menghijau
semuanya kerana Tuhan
seandai diperhati dan diteliti
segalanya ada keunikan dan kesenian


Tidakkah tergambar
mahu dinilaikan 
apa lagi difikirkan insan


Mencari ketenangan 
kedamaian yang abadi
demi mencapai kesempurnaan iman dan taqwa


Renunglah kalam Tuhan 
dengarlah dan amati
gulana hati kan menjadi tenang


Begitulah juga keutuhan
binaan agung di dunia
yang tidak lesu berzikir
pada Allah Yang Maha Esa
pun begitulah hukum hidup insan
seiring fitrah tanpa memberatkan selagi hayat ada


Menjadi keunggulan
seluruh umat
mengatasi segala kuasa dunia


Ini yang dinamakan 
keagungan Tuhan
seni iman insan yang murni 

Monday, April 4, 2011

DIAM DAN SABAR ^_^

Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik Diam dan Sabar. Sekadar perkongsian saja ni pun 'copy paste' saja.Tak cukup ilmu lagi nak menulis cam ni..selamat membaca ya =)


DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah...



  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 



  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.



  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.



  • HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.



  •  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni. 

  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.



    Sunday, April 3, 2011

    Hockey Tournament !!!


    jersey n bronze medal (:


    Baru-baru ni kami pelajar UiTM Kedah telah memasuki pertandingan hoki tertutup UiTM Penang..first time saya dapat masuk ni coz sebelum ni tak minat sangat hoki pn just tuk riadah  : p tapi dah hantar 3 team kan so dapat la main... hahaha...1st time main ni nervous gak la dahla kena jadi keeper lak 2..memang menggelupurlah...yela tak penah-penah pakai sut keeper kan , training pa pn tak tiba tiba ja kena jadi keeper...fuhhh habis peluh 1 badan... nasib baikla dapat gak pegi separuh akhir..alhamdulillah syukur...congrats buat semua budak-budak hoki coz do ur bez in this game..really enjoy it...target saya dapat pegi kesuma next sem n dapat jadi keeper masum..keeper Malaysia insyaallah la tapi lambat lagi la (so kena la berebut ngan keeper lagi sorang 2 =) , 2 pn kalau masih main hoki la kan  ^_^ 
    hope my dream will come true !!! AMIN......