BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, June 2, 2011

Petua Elak Dipukau


Pukau biasanya menggunakan jin.
Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan).  Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.
Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah.  Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi khasiatnya.
Berikut ialah tempat-tempat berhenti apabila membaca ayat Kursi untuk dijadikan penawar.  Baca setiap baris ayat dengan satu nafas.

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

 لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

 مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

 يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah

 إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ

melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

 وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

 وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya

p/s :  Teringat pesan ustaz…dalam menangani kes pukau ……. org perempuan especially….. jagalah aurat…. especially kaki tu…. pakailah setokin… kan aurat wanita ni kecuali muka & 2 tapak tangan…. sihir ni menusup masuk melalui tumit kaki wanita & bagi org lelaki ubun-ubunnya… kan elok kalau org lelaki pakai kopiah ke apa-apa lah…. tutup kepala… dah tu jgn lupa supaya sentiasa dlm keadaan berwudhu’…. insya Allah terpelihara daripada ilmu hitam manusia/jin.

tips mengenali restoran guna pelaris haram!

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka... Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.


Semoga penerangan ini bermanfaat.