BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 31, 2011

DOA NABI YANG TIDAK DIMAKBULKAN

Khabbab bin Aris menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah memanjangkan solatnya, sehingga setelah selesai solat, sahabat bertanya 

“ Ya Rasulullah,engkau melakukan solat begitu lama tidak seperti solat  lain.”

Rasulullah saw menjawab: "Benar,    dan   dalam   solat   itu aku mendapatkan sesuatu yang menyenangkan  dan sesuatu  yang menyedihkan, kerana sesungguhnya aku dalam solat tadi telah meminta kepada Allah 3 perkara, maka Allah  mengabulkan  dari permintaanku, dan  menolak satu permintaanku.

Aku meminta kepada Allah agar umat ku tidak akan pernah dibinasakan dengan penyakit, maka Allah mengabulkannya; kemudian aku meminta kepada Allah agar umatku tidak akan pernah dikalahkan oleh musuhnya, dan Allah mengabulkan permintaan tersebut; dan pada waktu aku meminta agar umatku tidak menyakiti satu dengan yang lain, maka Allah tidak mengabulkan permintaan tersebut

(Hadis sahih riwayat Tirmidzi )


Dari hadis diatas dapat dilihat  bahawa Allah telah mengabulkan doa Rasulullah agar umatnya tidak hancur dengan  penyakit, dan tidak dapat dikalahkan oleh musuh-musuh Islam,dan  kedua doa tersebut dikabulkan oleh Allah; tetapi sewaktu Nabi meminta agar umatnya tidak saling berperang, saling menyakiti, maka Allah tidak mengabulkannya.


Mengapa Allah tidak mengabulkan permintaan yang ketiga?


Sebab,   telah   menjadi   hukum   dan sunatullah dalam kehidupan, bahawa jika suatu kaum itu bersatu, maka kaum itu akan menang, tidak kira apakah kaum itu kafir atau beriman. Sebaliknya, jika suatu kaum itu berpecah-belah sesama mereka, berperang sesama mereka, menyakiti sesama mereka, maka pastilah kaum itu akan kalah, walaupun kaum itu beriman kepada Allah subhana wa Ta’ala.


Hal ini telah dintayakan dalam Al Quran :

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu akan menjadi gentar dan kekuatanmu akan hilang.”

(QS.Al Anfal:46)


”Dan berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.”

(Qs.Ali imran:103)


Dari ayat tersebut dapat kita simpulkan bahawa jika suatu kaum itu berpecah-belah dan saling berperang sesama mereka, maka kaum itu akan kalah, tetapi jika suatu kaum itu bersatu, maka kaum itu akan menang...

0 comments: