BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 28, 2011

Doa Putus Cinta (Mengatasi Kekecewaan)






Ternyata Islam itu sebuah agama yang syumul. Dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil benda telah diajarkan kepada kita. Maka kerana itulah Islam itu merupakan Ad-din yakni satu cara hidup kerana ianya menyeluruh meliputi segala amalan, tingkah laku dan aspek kehidupan manusia.
Seringkali kita mengalami kekecewaan apabila setiap apa yang kita idam-idamkan tidak menjadi kenyataan. Masalah berkaitan putus cinta, keruntuhan rumah-tangga hatta kematian orang yang kita sayang seperti suami, isteri, ibu, anak dan sebagainya.

Masing-masing punya cara sendiri untuk mengatasinya. Ada yang memilih untuk menyendiri. Ada yang memilih untuk meraung sekuat-kuat hati, ada pula yang memilih jalan yang salah bagi menghilangkan rasa kecewa misalnya dengan mengambil dadah, arak, atau cuma mencari hiburan dalam bentuk lain yang bercanggah dengan syariat islam semata-mata kononnya untuk melupakan kekecewaan yang lahir.

Hakikatnya, kita kecewa kerana kita merasakan kita berhak... kita merasakan sesuatu itu adalah milik kita mutlak... tanpa kita sedar yang segala sesuatu itu adalah amanah dan pinjaman dari Allah kepada kita.


*Semoga bermanfaat buat semua..insyaallah..

0 comments: