BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 9, 2011

kasih bersaudara

sudah menjadi fitrah kehidupan
kita memerlukan seorang teman
dikala kesunyian tatkala kesepian
diakan hadir bersama senyuman

telah tercipta insan bernama teman
menghiasi hidup seorang insan
namun begitu teman sering dilupakan
apalah ertinya persahabatan

bila kau ketawa ataupun berduka
sahabat disisi janganlah kau lupa
dekati mereka dengan akhlah mulia
jangan bertelagah tak bertegur sapa

berpautan tangan melakar impian
menggapai pelangi diawanan tinggi
tiap cita-cita dikongsi bersama
moga yang diimpi menjadi realiti

marilah semua sayangi mereka
saling menghormati sesama sendiri
ukhwah marhabah ikatan mulia
jalinan kasih sayang yang tulus suci murni

kita bertemu kerana Allah
kita berpisah juga kerana Allah
barulahkan terjalin ukhwah fillah sesama kita
hubungan kita kekal selamanya

0 comments: